nuffnag

ECV

Assalamualaikum..

Ok kali ni aku just nak share experience aku buat ECV kat Hospital Sg Buloh. Haa.. Dah selamat bersalin baru nak cerita pasal ECV kan. 

Apa tu ECV? 
ECV tu singkatan untuk External Cephalic Version. Doktor terlatih akan cuba memusingkan kedudukan bayi dari keadaan songsang kepada kedudukan kepala di bawah dengan pengawasan ultrasound dan CTG.

Memandangkan baby aku still breech masa week 37. So doktor kat O&G tu pun bagi option kat aku samada nak date untuk operation or nak try buat ECV. pikir punya pikir aku pun rasa mcm nak try buat ECV sbb aku harap sangat nak bersalin normal.  Makanya doktor set date utk aku buat ECV kat PAC dewan bersalin .

21/03/2016 (Isnin)


Tiba la hari utk aku buat ECV. Awal pagi pukul 9 aku dah daftar masuk dewan bersalin. Oh ya.. Malam sebelum buat ECV ni kena puasa tau. So memang dalam keadaan kelaparan la aku g dewan bersalin pagi ni. Mcm biasa dah daftar sign apa yg patut nurse suruh masuk, bawak kain batik je. Husband takleh masuk tau. Dah masuk tu kena tunggu utk buat CTG. 

ruang menunggu utk buat CTG


Dalam stgh jam jugak la buat CTG. Jantung baby ok. Lepastu doktor panggil utk scan baby. Sebelum scan tu ada la soalan2 biasa doktor tanya kan. Sebelum buat ECV pun doktor mesti nak pastikan yg keadaan aku n baby ok. So.. Dia pun explain la risiko2 buat ECV ni. Contoh mcm uri lekang, jantung baby lemah, blh jadi pendarahan. Incase klu jadi, mmg terus emergency cz-sect lah. Percentage utk berjaya 50-50 sbb ni kan first pregnancy aku. Pastu doktor pun scan la baby sambil check BP aku. And yes baby still songsang, badan dia pulak mengiring sebelah kanan. Kepala kat atas. So doktor check ape semua and doktor ckp aku blh buat ECV. Lepas tu doktor cucuk jarum kat tangan. Ambik darah sebelum ECV. Just utk prepare incase kena emergency c-sect kan. Mana tau kan.. Kita pun sedia maklum risiko buat ECV ni. Lepas tu tunggu la kejap result darah dari makmal. Aku ni dah tahap lapar gila. Haus xyah cakap la kan. Kering tekak2. Time tu aku tengok jam dah pukul 11lebih. Baby dalam perut ni kemain kuat dok tendang2. Lapar jugak kot budak ni. Sementara tunggu tu aku pun g la keluar jap cari faiz. Dok lepak luar dgn dia jap. Sebab rasa mcm lambat gila nak panggil kan. Sebenarnya time tu dah cuak dah. Yela.. Aku dok baca dekat blog2 org banyak yg ckp sakit jugak buat ECV neh. Mesti la kita pun jadi takut kan. Tu yg ngada2 g cari faiz. Hahaha.. Tapi demi baby kan sanggup jugak hadap sakit mcm mana pun. Dalam pukul12 mcm tu doktor panggil aku masuk bilik nak buat ECV. Kena tukar kain pink dulu eh. Doktor perempuan nak buat ECV tu. Doktor pun check BP lagi sekali n scan tgk baby. And sorang nurse datang masukkan air kat tangan aku. Pastu doktor ckp la nak masukkan ubat utk lembutkan muscle perut. Tapi lepas doktor tu masukkan ubat je jantung aku tiba2 degup laju. Mcm baru lepas lari pecut. Pastu baru doktor ckp ubat tu effect dia mmg rsa jantung laju. Doktor pun sapu la gel kat perut aku ni. And start tekan2 cari kepala baby kot. Pergh.. Masa tekan2 tu pun aku dah rsa sakit. Blh tahan kuat jugak. Masa first try aku boleh tahan lagi sakit tu. Dah siap doktor scan and tgk baby still breech. Maksudnya tak berjaya lah. Pastu doktor nak cuba lagi. Perghh..Masa second try ni aku mmg xtahan gila woii. sakit gila. Doktor tekan2 perut ku and dia hold kepala baby tu utk pusing naik atas. Yang tadi x keluar suara langsung kali ni keluar jugak la suara kesakitan aku. Terketar2 weh tangan aku menahan sakit. Masa second try ni doktor sorang lagi datang tolong buat. Lepas second try ni doktor scan lagi. Adoii.. baby still breech. Degil jugak baby ni ye. Patu doktor nak try lagi. aku cakap kat doktor aku dah xnak try. sakit gila kot. Then doktor tu pujuk la aku, cakap last try kali ni. Kalau blh dia nak aku bersalin normal katanya. So aku pun relakan jugak la. Tapi kali ni dia suruh rest dulu jap. Dia tambah lasi dos ubat utk lembutkan muscle perut tu. Perghh.. jantung aku mcm nak terkeluar ja rasa. Lepas lebih kurang 2 minit rest doktor pun mintak izin kat aku nak try buat lagi. Aku pun ok je. Dia pun mula la tekan perut aku. Ya Allah... Sakit gila kali ni aku rasa. Dia tekan2 cari kepala and terus cuba pusingkan baby. Sakit tu x yah cakap la. Memang sakit pun. Pastu dia scan balik tengok kepala still breech. So maksudnya ECV procedure unsuccessful. Jadi doktor pun cakap kat aku nanti dia bagi date utk c-sect lah sebab memang x berjaya pusingkan baby. Aku redha ja. Sebab aku dah cuba kan nak bersalin normal. Baby nak jugak keluar ikut tingkap. Hehe.. 

Lepas siap semua nurse datang utk buat CTG balik. Sebelum aku discharge dia nak pastikan aku and baby ok. Doktor pun pesan kalau ada pendarahan ke sakit perut ke terus datang hospital. Lepas siap check apa semua aku pun tunggu la kat ruang menunggu tu utk discharge and utk ambik date c-sect. Doktor bagi date utk 25/03/2016 utk operate which is time tu kandungan aku cukup 38 weeks. So 24/03/2016 tu aku dah kena masuk wad. Nanti aku cerita lak experience aku bersalin lak k.. Ok bye..