nuffnag

Cyst waktu hamil


Assalamualaikum.....

Oke... Panas kan sekarang ni. Even tido dalam aircond pun aku still berpeluh... Haisshhhh.... Harini aku agak rajin nak update blog. Sebenarnya nak cerita, dah masuk 6 bulan preggy ni aku sekarang dah tak pegi KK. Aku kena rujuk specialist. Sebabnya aku ada diabetis gestasi (kencing manis semasa hamil) & yang paling xbest nye masa scan haritu doktor detect ada cyst sebesar 
3.5cm x 3.5cm. Kalau ikutkan masa mula detect tu doktor xsuruh rujuk specialist lagi. Dia cakap dia akan repeat scan another 3 weeks lagi. Kalau cyst tu makin membesar aku kena rujuk specialist la. Apa lagi...balik dari KK tu gigih la aku google sana sini cari pasal cyst waktu pregnant ni. Mana tak nya.. Risau takut ada effect kat anak. Tapi dari apa yang aku baca dari blog2 orang lain setiap kes lain-lain. Mostly cyst ni x membahayakan kandungan la. Klu dia membesar pun doktor akan suruh buang. 

So lepas 3 weeks aku p KK lagi untuk scan cyst. Huhu.. Bad result yang aku dapat bila doktor cakap cyst tu makin besar and sekarang dalam 3.3cm x 5.0cm. So doktor tu suruh aku rujuk O&G specialist la kan. Doktor tu friendly la jugak. Dia tanya aku risau ke. Of coz la risau kan. Kita bukan apa risaukan anak je. Maybe sbb aku first pregnancy so doktor tu faham la tahap kerisauan aku. Aku ckp la ada gak aku google cari pasal cyst ni. So sbb dia tgk aku mcm risau dia pun tenangkan aku. Dia ckp xperlu risau. Cyst ni xbahaya pun. Cuma air je dia cakap. Kadang2 cyst ni akan kecut sendiri bila kandungan makin besar. Tapi ada jugak kes kandungan membesar cyst ni pun makin besar. Bila besar effect nya xcukup ruang la utk baby membesar sebab tu la kena buang cyst tu klu dia membesar. Klu buang pun bukannya buat operation besar. Just tebuk sikit kat perut pecahkan and sedut buang. So lepas dengar penerangan doktor tu aku pun ok la sikit. Doktor tu bagi surat kat aku and suruh p buat appointment jumpa specialist.



Lepas tu masa aku preggy 19weeks aku pun p la jumpa specialist. Faiz pun gigh la teman bini dia ni sebab dia pun risau jugak sebenarnya. Lagi skali doktor specialist tu scan nak tengok saiz cyst tu. Kat sini scan dia canggih sikit. Hehe... Alhamdulillah scan baby doktor cakap baby ok. Semua ok.. Tapi lagi sekali aku dapat result yang buat aku cuak. Doktor tu ckp x nampak ada cyst tapi nampak ada fibroid. Apa ke benda plak fibroid ni? Bahaya ke? Wwuuuuu... Macam nak nangis ja. Tapi doktor tu ckp jgn risau sebab kecik je ni 3x3.8cm je. Then dia cakap lagi 5 weeks datang lagi untuk moniter saiz fibroid tu. Sehari sebelum datang tu nanti doktor suruh aku buat bsp jugak. Sebab aku kan ada diabetis gestasi. So dia nak tgk result bsp.

Hari rabu haritu aku p lagi specialist. Sehari sebelum p tu aku buat la bsp. Alhamdulillah kali ni scan doktor cakap dah x nampak fibroid tu. Tersengeh aku depan doktor. Dia scan baby jugak and dia cakap baby ok. Lepas tu doktor bagi appointment utk aku jumpa dietition and mcm biasa lagi 5 weeks kena datang nak moniter fibroid tu. Mcm tu la seterusnya sampai aku bersalin nanti. 

Eh baru ingat minggu depan aku kena p klinik. Nurse call haritu suruh aku cucuk kancing gigi. Untuk first pregnancy ni dia cakap kena cucuk 2 kali. 


* semoga Allah permudahkan urusan aku... 

No comments: