nuffnag

Antenatal Class di Hospital Sg Buloh

Assalamualaikum....


Alhamdulillah minggu lepas MIL aku buat solat hajat & makan2 sikit kat kampung husband untuk aku supaya mudah bersalin nanti. Syukur sangat ada MIL & family husband yg sangat2 prihatin.. Balik kampung bukan setakat buat solat hajat. Dorang siap bagi buah kurma lah air zam zam la untuk aku.. Alhamdulillah...

Ok la.. Sebenarnya saja nak cerita sikit. Sebelum bersalin memang aku nak sangat attend antenatal class. Aku rasa agak penting gak kelas ni. Yela..first pregnancy kan. Mana ada pengalaman oi. So aku bagitau husband nak attend antenatal class. Dia pun ok ja. So mula la mencari. Banyak private hospital kat Selangor ni ada buat antenatal class. Rambang mata pulak nak pilih.. Hahaha.. Tapi still x confirm lagi nak p kat mana. 


Nak dijadikan cerita dalam dok mencari tu mcm biasa aku p checkup kat specialist clinic Hospital Sg Buloh sebab masalah fibroid tu kan. Tiba2 nurse kat situ tanya aku nak attend antenatal class tak. Dorang ada buat antenatal class. Ohh... Taktau lak aku gov hospital dah ada antenatal class. Yang penting class free tau for both husband and wife. Wahhh.. Tunggu lagi. Dah free kan buat apa nak p yg berbayar. So aku terus book class untuk february. fyi, antenatal class dekat hospital sg buloh dorang buat sebulan sekali.


So 23 February haritu aku p la class. tak ramai sangat pun orang, maybe sbb banyak yg taktau gov hospital ni ada antenatal class.Aku p sorang je sbb husband takleh ikut.. Huhu.. Sian kan.. Terkial sorang2. Tapi ok la bukan aku sorang ja yg dtg sorang2. Ada lagi okay.. Sebenarnya aku rasa sangat bagus gak antenatal class ni. Dorang ajar cara exercise, cara penafasan, penyusuan & paling penting pasal bersalin. Memang detail la kita boleh belajar. Aku ni start pregnant memang x pernah exercise so lenguh2 la badan aku bila exercise ni. Hehe.. Takpe la insyaAllah lepas ni rajin2 la aku exercise sebelum bersalin. Yang paling aku ngeri time dorang terang proses bersalin tu. Sebijik2 tunjuk gambar, tiba2 rasa takut nak bersalin. Tapi harap sangat Allah permudahkan utk aku bersalin nanti. Sebanarnya aku risau gak ni sbb anak aku ni still breech (songsang), Klu x pusing jugak memang kena czer. Harap sangat la baby ni pusing. Takut sangat. Klu boleh xnak la kena czer. Klu boleh nak sangat bersalin normal. 


Ya Allah.. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.. Ok la nanti aku cerita lagi. Ada keja sikit nih.. Ok Bye...


2 comments:

Unknown said...

Sis, macamana ya nak register kelas antenatal kt hosp sg buloh? Ada contact no tak?

Unknown said...

Sis,ada bljar teknik pernafasan ngn bersalin tak kt sana