nuffnag

Antenatal Class di Hospital Sg Buloh

Assalamualaikum....


Alhamdulillah minggu lepas MIL aku buat solat hajat & makan2 sikit kat kampung husband untuk aku supaya mudah bersalin nanti. Syukur sangat ada MIL & family husband yg sangat2 prihatin.. Balik kampung bukan setakat buat solat hajat. Dorang siap bagi buah kurma lah air zam zam la untuk aku.. Alhamdulillah...

Ok la.. Sebenarnya saja nak cerita sikit. Sebelum bersalin memang aku nak sangat attend antenatal class. Aku rasa agak penting gak kelas ni. Yela..first pregnancy kan. Mana ada pengalaman oi. So aku bagitau husband nak attend antenatal class. Dia pun ok ja. So mula la mencari. Banyak private hospital kat Selangor ni ada buat antenatal class. Rambang mata pulak nak pilih.. Hahaha.. Tapi still x confirm lagi nak p kat mana. 


Nak dijadikan cerita dalam dok mencari tu mcm biasa aku p checkup kat specialist clinic Hospital Sg Buloh sebab masalah fibroid tu kan. Tiba2 nurse kat situ tanya aku nak attend antenatal class tak. Dorang ada buat antenatal class. Ohh... Taktau lak aku gov hospital dah ada antenatal class. Yang penting class free tau for both husband and wife. Wahhh.. Tunggu lagi. Dah free kan buat apa nak p yg berbayar. So aku terus book class untuk february. fyi, antenatal class dekat hospital sg buloh dorang buat sebulan sekali.


So 23 February haritu aku p la class. tak ramai sangat pun orang, maybe sbb banyak yg taktau gov hospital ni ada antenatal class.Aku p sorang je sbb husband takleh ikut.. Huhu.. Sian kan.. Terkial sorang2. Tapi ok la bukan aku sorang ja yg dtg sorang2. Ada lagi okay.. Sebenarnya aku rasa sangat bagus gak antenatal class ni. Dorang ajar cara exercise, cara penafasan, penyusuan & paling penting pasal bersalin. Memang detail la kita boleh belajar. Aku ni start pregnant memang x pernah exercise so lenguh2 la badan aku bila exercise ni. Hehe.. Takpe la insyaAllah lepas ni rajin2 la aku exercise sebelum bersalin. Yang paling aku ngeri time dorang terang proses bersalin tu. Sebijik2 tunjuk gambar, tiba2 rasa takut nak bersalin. Tapi harap sangat Allah permudahkan utk aku bersalin nanti. Sebanarnya aku risau gak ni sbb anak aku ni still breech (songsang), Klu x pusing jugak memang kena czer. Harap sangat la baby ni pusing. Takut sangat. Klu boleh xnak la kena czer. Klu boleh nak sangat bersalin normal. 


Ya Allah.. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.. Ok la nanti aku cerita lagi. Ada keja sikit nih.. Ok Bye...


Cyst waktu hamil


Assalamualaikum.....

Oke... Panas kan sekarang ni. Even tido dalam aircond pun aku still berpeluh... Haisshhhh.... Harini aku agak rajin nak update blog. Sebenarnya nak cerita, dah masuk 6 bulan preggy ni aku sekarang dah tak pegi KK. Aku kena rujuk specialist. Sebabnya aku ada diabetis gestasi (kencing manis semasa hamil) & yang paling xbest nye masa scan haritu doktor detect ada cyst sebesar 
3.5cm x 3.5cm. Kalau ikutkan masa mula detect tu doktor xsuruh rujuk specialist lagi. Dia cakap dia akan repeat scan another 3 weeks lagi. Kalau cyst tu makin membesar aku kena rujuk specialist la. Apa lagi...balik dari KK tu gigih la aku google sana sini cari pasal cyst waktu pregnant ni. Mana tak nya.. Risau takut ada effect kat anak. Tapi dari apa yang aku baca dari blog2 orang lain setiap kes lain-lain. Mostly cyst ni x membahayakan kandungan la. Klu dia membesar pun doktor akan suruh buang. 

So lepas 3 weeks aku p KK lagi untuk scan cyst. Huhu.. Bad result yang aku dapat bila doktor cakap cyst tu makin besar and sekarang dalam 3.3cm x 5.0cm. So doktor tu suruh aku rujuk O&G specialist la kan. Doktor tu friendly la jugak. Dia tanya aku risau ke. Of coz la risau kan. Kita bukan apa risaukan anak je. Maybe sbb aku first pregnancy so doktor tu faham la tahap kerisauan aku. Aku ckp la ada gak aku google cari pasal cyst ni. So sbb dia tgk aku mcm risau dia pun tenangkan aku. Dia ckp xperlu risau. Cyst ni xbahaya pun. Cuma air je dia cakap. Kadang2 cyst ni akan kecut sendiri bila kandungan makin besar. Tapi ada jugak kes kandungan membesar cyst ni pun makin besar. Bila besar effect nya xcukup ruang la utk baby membesar sebab tu la kena buang cyst tu klu dia membesar. Klu buang pun bukannya buat operation besar. Just tebuk sikit kat perut pecahkan and sedut buang. So lepas dengar penerangan doktor tu aku pun ok la sikit. Doktor tu bagi surat kat aku and suruh p buat appointment jumpa specialist.



Lepas tu masa aku preggy 19weeks aku pun p la jumpa specialist. Faiz pun gigh la teman bini dia ni sebab dia pun risau jugak sebenarnya. Lagi skali doktor specialist tu scan nak tengok saiz cyst tu. Kat sini scan dia canggih sikit. Hehe... Alhamdulillah scan baby doktor cakap baby ok. Semua ok.. Tapi lagi sekali aku dapat result yang buat aku cuak. Doktor tu ckp x nampak ada cyst tapi nampak ada fibroid. Apa ke benda plak fibroid ni? Bahaya ke? Wwuuuuu... Macam nak nangis ja. Tapi doktor tu ckp jgn risau sebab kecik je ni 3x3.8cm je. Then dia cakap lagi 5 weeks datang lagi untuk moniter saiz fibroid tu. Sehari sebelum datang tu nanti doktor suruh aku buat bsp jugak. Sebab aku kan ada diabetis gestasi. So dia nak tgk result bsp.

Hari rabu haritu aku p lagi specialist. Sehari sebelum p tu aku buat la bsp. Alhamdulillah kali ni scan doktor cakap dah x nampak fibroid tu. Tersengeh aku depan doktor. Dia scan baby jugak and dia cakap baby ok. Lepas tu doktor bagi appointment utk aku jumpa dietition and mcm biasa lagi 5 weeks kena datang nak moniter fibroid tu. Mcm tu la seterusnya sampai aku bersalin nanti. 

Eh baru ingat minggu depan aku kena p klinik. Nurse call haritu suruh aku cucuk kancing gigi. Untuk first pregnancy ni dia cakap kena cucuk 2 kali. 


* semoga Allah permudahkan urusan aku... 

Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) untuk ibu mengandung

Assalamualaikum...

Lepas 2 weeks aku p buat buku merah, nurse suruh aku datang KK minum air gula or buat mgtt. Nurse KK tu cakap setiap ibu mengandung sekarang kena buat mgtt untuk check kandungan gula dalam badan. First pregnancy kan so mana la tau minum air gula tu apa.

Prosedur mgtt
10 jam before minum air gula tu nurse pesan suruh puasa. So dari pukul 10 malam sampai pagi datang KK ambik darah kena la puasa. Aku pun start la puasa malam tu. Then pagi tu g klinik daftar terus ambik darah. Aku ingat ambik darah kat hujung jari tu ja rupanya nurse tu ambik banyak weh. Aku tak de la cuak sangat ambik darah ni sebab dah biasa dah dulu masa terkena demam denggi. 

First pukul 8 tu nurse ambik darah aku. Lepas tu dia bagi secawan air gula suruh minum. Serius manis gila oii. Rasa mcm nak muntah ja. Mula2 aku minum sikit2 sebab x tahan kan. cuba bayangkan dari malam xmakan and xminum tiba2 pagi ni kena minum air manis nak mampus. Memang x lalu la kan. Pastu ada nurse sorang tu tengok and suruh aku minum je sekali gus sebab dia cakap takut nanti aku muntah pulak. So aku pun minum and habiskan semua.

Lepas minum air gula tu kena tunggu 2 jam untuk ambik darah pulak. Dalam masa 2 jam tu tak boleh makan or minum apa2 tau. Wahhhh.. Terpaksa menahan lapar lagi 2 jam. Then dalam masa nak tunggu tu nurse suruh la p dengar ceramah sikit pasal penyusuan. Aku pun dengan gigihnya p la dengar kan sebab memang cita2 aku nak fully breastfeeding anak aku nanti. Insyaallah... 

Kesian husband aku terpaksa tunggu sorang kat luar sementara aku dengar ceramah sikit kan.

Ok lepas dah cukup 2 jam nurse ambik darah aku lagi sekali, lepas tu boleh balik. Apa lagi aku terus ajak husband breakfast. Lapar kott... 

Seminggu lepas minum air gula tu nurse call aku bagitau ujian mgtt aku adalah di paras x ok. Bacaan puasa  4.1 mmol/L, kira ok la sbb range dia dalam (3.5-5.6). Bacaan 2 jam lepas minum air gula tu yg failed tu. Bacaan aku 8.5 mmol/L. Sepatutnya range dia dalam (3.4-7.8) je. Aku punya bacaan lajak la pulak. Nurse cakap klu kandungan gula tinggi akan ada effect pada baby. So, bermula la episod aku buat bsp and kawal diet aku. Nanti aku cerita pulak pengalaman aku buat bsp. ok bye...


Petua minum air gula
Bagi yang pregnant anak sulung mcm aku ni mesti xde experience kan minum air gula. So aku nasihatkan korang, masa minum tu minum je terus sekaligus jangan sampai muntah.